Emerald - Busy TARBAWI: HURUF ARAB

Friday, 7 December 2012

HURUF ARAB



    Tak kenal, maka tak cinta. Suatu bidalan masyhur yang amat sesuai diungkap untuk mereka yang belum lagi mengenal keindahan bahasa Arab. Sebelum terjun dengan lebih mendalam tentang cabang ilmu yang terdapat di dalamnya, seseorang harus kenal dan cinta terlebih dahulu dengan huruf-hurufnya. Berikut adalah 28 huruf hijaiyyah yang digunakan untuk membina kalimah Arab.

     
     Setiap  tulisan pasti ada kaedah yang betul untuk menulisnya, bahkan memerlukan latihan yang berterusan untuk menguasai penulisannya, begitu juga huruf-huruf Arab.


      Ketahuilah, susunan yang kita lihat sekarang yang bermula dengan alif dan berakhir dengan yaa merupakan susunan moden yang telah melalui dua fasa perubahan. Cendekiawan Islam pertama yang menyusun huruf-huruf ini untuk mudah diingati dan dihafal adalah Imam al Khalil Bin Ahmad al Farahidi. Beliau telah menyusun huruf ini mengikut susunan makhraj yang bermula dengan huruf  'ain dan berakhir dengan huruf wau. Ini bermaksud beliau telah menyusun huruf-huruf ini mengikut huruf yang keluar bermula dari pangkal halqum hingga ke hujung bibir. Di sisi beliau, huruf yang keluar dipangkal halqum adalah 'ain.

 
ع ح ﻫ خ غ – ق ك – ج ش ض – ص س ز – ط د ت – ظ ذ ث – ر ل ن – ف ب م – و ا ي همزة

 Namun, perkembangan ilmu tajwid menyatakan huruf yang paling dasar dipangkal halqum adalah alif disusuli hha kemudian 'ain.


     Kemudian, fasa yang kedua pula menyaksikan susunan ini diperbaharui dengan pendekatan abjadiyyah, di mana huruf-huruf ini di susun mengikut susunan Alif Ba Jim Dal hingga huruf ghoin, seterusnya hadir fasa ketiga dipermudahkan dengan susunan alifbaiyyah iaitu yang bermula dengan alif dan berakhir dengan yaa seperti yang kita lihat kini.


      Pelbagai pendekatan dilakukan untuk menanam minat dan cinta pada bahasa Arab sejak usia muda. Ini dapat dilihat pada terhasilnya poster-poster pendidikan berwarna yang memaparkan huruf ini mewakili suatu gambar yang dekat dengan diri seseorang individu bernama kanak-kanak. 


    Tidak ketinggalan juga yang menjadikannya sebagai sebuah lagu untuk lebih mudah diingati bahkan sangat digemari oleh semua lapisan pendengar khususnya anak-anak kecil.



      Kepelbagaian metode ini tidak lain hanyalah untuk menarik minat dan menanam rasa cinta terhadap bahasa Wahyu bermula dari cinta akan huruf-hurufnya. Ketahuilah, hanya disebabkan oleh dua daripada huruf-huruf ini, Sayyiduna Umar al Khattab dilimpahkan cahaya nur Islam untuk bersama mendukung perjuangan Junjungan Mulia sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam iaitu huruf to dan ha. subhanallah...


No comments:

Post a Comment