Emerald - Busy TARBAWI: KALIMAH ARAB

Sunday, 9 December 2012

KALIMAH ARAB



     Setelah mengenal huruf-huruf Arab, maka bermulalah proses percantuman antara huruf-huruf tertentu untuk membentuk sepatah perkataan. Ulama bahasa telah membuat kajian bahawa keseluruhan perkataan yang wujud di dalam bahasa Arab terdiri daripada 3 bahagian atau kategori.

1.    Kata Nama

       Setiap perkataan yang menunjukkan kepada suatu zat, mempunyai makna pada dirinya dan tiada unsur masa di dalamnya. Contohnya, apabila kita sebut perkataan rumah, ia merujuk pada suatu zat yang kita tahu bagaimana bentuknya dan ia tidak bermaksud dahulu, kini atau akan datang.



2.    Kata Kerja

      Setiap perkataan yang menunjukkan kepada berlakunya suatu perbuatan pada masa lalu, kini atau akan datang. Contohnya, apabila kita sebut perkataan fa 'a la  di bawah, ia menunjukkan perbuatan yang berlaku pada masa lalu.

 
3.   Kata Sendi

     Setiap perkataan yang mempunyai makna apabila bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, perkataan min di bawah boleh membawa maksud daripada dan sebahagian bergantung pada kedudukannya di dalam ayat dan penggabungannya dengan perkataan lain.


    Setelah kita mengetahui jenis-jenis perkataan dalam bahasa Arab, maka kita boleh mencuba untuk mencantumkan perkataan-perkataan ini untuk membina suatu ayat yang dapat difahami.

     
    Melalui ayat di atas, kita dapat kelaskan perkataan-perkataan yang ada mengikut kategorinya. Moga kita dapat membina ayat-ayat mudah yang lain untuk mengaplikasikan pengetahuan sedia ada secara berterusan kerana kemahiran berbahasa amat berhajat kepada mumarosah(latihan berterusan)

.


No comments:

Post a Comment