Setelah mengetahui jenis perkataan bahasa Arab, kita beralih ke peringkat seterusnya bagaimana untuk mengenal ketiga-tiga jenis perkataan itu. Kita mulakan dahulu dengan isim (kata nama). Terdapat tanda-tanda tertentu yang membolehkan kita untuk mengenal bahawa perkataan itu adalah isim.
1. Tanwin : Sekiranya di hujung perkataan itu terdapat tanwin, maka ketahuilah bahawa perkataan itu adalah isim.
2. Alif lam : Sekiranya di awal perkataan itu terdapat alif dan lam, maka ketahuilah bahawa perkataan itu adalah isim.






No comments:
Post a Comment